Moyes yakin Manchester United tidak akan pecat Mourinho - Bola Sepak | mStar

Moyes yakin Manchester United tidak akan pecat Mourinho

Diterbitkan: Rabu, 10 Oktober 2018 12:10 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengurus Manchester United, David Moyes percaya Jose Mourinho mempunyai sokongan penuh daripada kelab dan penyokong pasukan tersebut.

Mourinho dilaporkan akan tetap dipecat tanpa mengira apa jua keputusan perlawanan dengan Newcastle pada Sabtu.

Tetapi, selepas United bangkit dengan kemenangan 3-2 di Old Trafford, Mourinho masih berada di kelab tersebut.

Moyes pernah merasai kekejaman rejim pengerusi eksekutif Ed Woodward ketika dipecat semasa musim pertamanya di United walaupun mendapat sokongan jurulatih sebelumnya, Alex Ferguson.

Louis van Gaal juga dipecat meskipun memenangi Piala FA.

Walaupun pelbagai isu membelenggu Mourinho, Moyes merasakan pengurus kelahiran Portugis itu akan diberi peluang disebabkan oleh rekod kejayaannya sebelum ini.

"Saya fikir kelab itu betul-betul di belakang pengurus, dan dia pernah menjadi pemenang sepanjang kariernya.

"Jadi saya tidak nampak mengapa ia tiba-tiba akan berubah," kata Moyes. - Irish Examiner

Tags / Kata Kunci: David Moyes , Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan