Coates dianggap hero bantu rakan pengsan terlanggar tiang gol - Bola Sepak | mStar

Coates dianggap hero bantu rakan pengsan terlanggar tiang gol

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2018 11:14 PM

(Ubah saiz teks)

SEBASTIAN Coates diangkat sebagai hero selepas pantas memberi rawatan kecemasan kepada rakan sepasukannya.

Pemain antarabangsa Uruguay yang juga merupakan bekas pertahanan Liverpool dan Sunderland itu sedang beraksi untuk Sporting Lisbon menentang Portimonense dalam Liga Premeira ketika rakannya Romain Salin tidak sedarkan diri.


Ketika permainan berlangsung, penjaga gol itu pengsan selepas berlanggar dengan tiang gol.

Coates pantas membantu Salin sebelum pasukan perubatan tiba.

Coates menyertai Sporting secara pinjaman dari Liverpool pada tahun 2016 sebelum berpindah tetap 12 bulan kemudian.

Tags / Kata Kunci: Sebastian Coates
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan