Neymar samai rekod Kaka dalam Liga UEFA - Bola Sepak | mStar

Neymar samai rekod Kaka dalam Liga UEFA

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2018 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

MENERUSI jaringan hatrik Neymar sewaktu kemenangan Paris Saint-German (PSG) pada Rabu, pemain itu kini menyamai rekod Liga Juara-Juara UEFA yang dipegang oleh Kaka.

Selepas dikritik hebat berhubung prestasi hambarnya menerusi pertembungan dengan Liverpool baru-baru ini, Neymar bangkit menjaringkan gol hatrik sewaktu PSG turun menentang Crvena Zvezda.

Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan dua gol pada perlawanan itu sekaligus menyamai rekod Kaka dalam liga itu.

Pada Rabu, Neymar mengumpul 30 jaringan menerusi 49 perlawanan yang mana menerusi rekod terdahulu, Kaka menjaringkan 30 gol menerusi 89 penampilan.

Dalam perkembangan lain, Neymar turut menamakan tiga pemain yang disifatkannya layak untuk menerima anugerah Ballon d'Or pada tahun ini.

"Saya boleh katakan, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan rakan sepasukan saya, Kylian Mbappe mempunyai peluang untuk memenanginya.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Angel Di Maria pula menjangkakan Neymar sendiri berupaya dan layak untuk membolot Ballon d'Or edisi 2018.

Ujar Angel, Neymar layak menerima anugerah itu sekiranya dia meneruskan prestasi baiknya.- SoccerLaduuuma/SportBible.

Tags / Kata Kunci: Neymar , Kaka
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan