Arsenal tolak bidaan tinggi United terhadap Ramsey - Bola Sepak | mStar

Arsenal tolak bidaan tinggi United terhadap Ramsey

Diterbitkan: Sabtu, 29 September 2018 9:37 AM

(Ubah saiz teks)

BIDAAN Manchester United bernilai 50 juta pound sterling untuk Aaron Ramsey pada musim panas lalu telah ditolak Arsenal, lapor beIN Sports.

Bintang Wales itu komited bersama Arsenal untuk jangka masa panjang sebelum kelab itu menarik balik tawaran mereka terhadap pemain tersebut.

Kini Ramsey bersedia untuk meninggalkan Emirates jika menerima tawaran lumayan dari kelab lain.

Menurut Daily Mirror, hubungan Ramsey dan Unai Emery mula tegang selepas bekas pemain Cardiff itu digugurkan ketika bertemu Chelsea susulan prestasi tidak memberangsangkan semasa tewas di tangan Manchester City baru-baru ini.

Emery sebelum ini menganggap Ramsey sebagai tonggak utama pasukan tetapi kini mendakwa pemain berusia 27 tahun itu tidak sesuai dengan sistem yang diterapkannya.

Ramsey gagal menjaringkan gol dalam tujuh penampilan musim ini.

Dia hanya membantu mencipta peluang gol ketika Arsenal menang ke atas Everton 2-0, Ahad lalu.

United dilaporkan masih memantau situasi Ramsey dengan Chelsea dan beberapa kelab Itali termasuk AC Milan, Juventus dan Lazio turut mengintai pemain itu.

Tags / Kata Kunci: Aaron Ramsey
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan