Konflik makin buruk, Mourinho kata Pogba tak lagi jadi kapten - Bola Sepak | mStar

Konflik makin buruk, Mourinho kata Pogba tak lagi jadi kapten

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2018 7:20 AM

Gambar fail Paul Pogba (kiri) dan Jose Mourinho (kanan). Foto AFP

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho memberitahu Paul Pogba bahawa dia tidak akan menjadi kapten Manchester United lagi, berikutan keraguan terhadap masa depan bintang kelahiran Perancis itu di Old Trafford.

Difahamkan Mourinho berang dengan komen terbaharu Pogba selepas pemain itu menggesa Manchester United untuk 'serang, serang, serang' berikutan keputusan yang mengecewakan dengan Wolves pada hujung minggu lalu.

Pengurus Machester United itu dikatakan memberitahu Pogba dan rakan skuad lain di Carrington pada Selasa, beberapa jam sebelum perlawanan Piala Carabao melawan Derby.

Beliau berkata, Pogba tidak lagi akan diberikan peranan sebagai kapten pasukan meskipun melatih pasukan itu tiga kali, musim ini.

Bagaimanapun, keputusan Mourinho untuk merendahkan kedudukan pemain adalah satu petanda jelas bahawa beliau tidak akan terjejas selepas Pogba mengkritik taktik Manchester United terhadap Wolves.

"Apabila kita berada sebagai tuan rumah kita harus menyerang, menyerang, menyerang,' katanya. Itulah Old Trafford. Kita berada di sini untuk menyerang. Saya fikir pasukan mereka takut apabila melihat Man United menyerang dan menyerang. Itulah kesilapan kita hari ini.

"Kita menang 1-0 jadi kami positif. Kemudian kita cuba mempertahankan sedikit lagi terhadap serangan balas. Kita berhenti bermain seperti pada babak pertama dan kita tidak benar-benar menggugatkan kedudukan mereka.

'"Kita berada di Old Trafford dan kita hanya perlu menyerang dan memberi tekanan seperti yang kita lakukan terhadap Tottenham, Liverpool, Chelsea dan Arsenal musim lalu. Apabila kita bermain seperti ini, ia lebih mudah untuk kita," ujar Pogba.

Ditanya mengenai apa yang membuatkan Manchester United berhenti daripada menyerang, Pogba secara menyindir Mourinho membalas: "Saya tidak boleh beritahu anda kerana saya seorang pemain. Bukan saya." - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan