"Manchester United perlu banyak serang, serang, serang" - Bola Sepak | mStar

"Manchester United perlu banyak serang, serang, serang"

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2018 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United perlu lebih banyak menyerang di Old Trafford, ujar Paul Pogba.

"Apabila di tempat sendiri, kita perlu serang, serang, serang. Itulah Old Trafford," katanya selepas kecewa pada aksi seri 1-1 ke atas Wolverhampton dalam saingan liga Sabtu lalu.

Pogba yang membuka peluang untuk Fred menjaringkan gol pada minit ke-18 ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

"Kita di tempat sendiri dan perlu lebih baik daripada Wolves. Kami di sini perlu serang.

"Saya yakin lawan akan takut apabila melihat Manchester United terus menyerang dan menyerang. Itulah silap kami."

Malah dalam masa sama, Pogba yakin masalah sikap juga menjadi punca persembahan mereka.

"Mungkin sikap perlu lebih baik. Dan perlu bermain dengan lebih kerana kami di Old Trafford dan perlu terus serang serta memberi tekanan seperti yang dibuat ke atas Tottenham, Liverpool, Chelsea dan Arsenal msuim lalu.

"Apabila bermain seperti ini, ia mudah bagi kami," tambah pemain Perancis itu.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan