Dulu pemain, kini pengurus Lampard tetap puji Mourinho - Bola Sepak | mStar

Dulu pemain, kini pengurus Lampard tetap puji Mourinho

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2018 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

FRANK Lampard percaya Jose Mourinho masih lagi mempunyai kualiti yang menjadikannya tetap sebagai 'Special One'.

Namun bekas bintang Chelsea itu menegaskan bahawa setiap pengurus pasti berdepan dengan pemecatan.

Lampard yang pernah berada di bawah pengurusan Mourinho tampil mempertahankan bekas bosnya yang dikritik masih menggunakan taktik konservatif di Manchester United.

Bekas penyerang itu yang kini menguruskan Derby County bakal berdepan dengan skuad Mourinho dalam aksi Piala Carabao awal pagi Rabu.

Lampard berkata, setiap pengurus ada kelebihan masing-masing dan Mourinho masih lagi Special One.

"Tottenham kelihatan seimbang dan Mauricio Pochettino pengurus hebat.

"LIverpool juga begitu dengan pengurus hebat, Jurgen Klopp.

"Manchester United yang kedua. Ia bukan sejarah lama, tetapi masih baharu, dalam Liga Europa dan Piala Liga. Dia ada itu.

"Sudah tentu dalam semua pengurusan akan ada pemecatan pada bila-bila masa. Dia adalah pengurus seperti yang lain. Apabila dia sukses, ramai yang mahukannya," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Frank Lampard
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan