Man United menang tiga kali berturut-turut tetap tidak ubah pendirian Mourinho - Bola Sepak | mStar

Man United menang tiga kali berturut-turut tetap tidak ubah pendirian Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 22 September 2018 11:20 AM

Jose Mourinho. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho memberi amaran dengan kemenangan Manchester United tiga kali berturut-turut tidak mengubah pandangannya bahawa ia menjadi musim yang sukar buat kelab itu.

Manchester United mengadakan perbincangan mengenai krisis di Old Trafford dengan kemenangan Liga Perdana Inggeris di Burnley dan Watford, dan kemenangan dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Young Boys di Switzerland.

Tetapi setelah membuat ramalan yang tidak menentu musim ini berikutan jendela perpindahan yang mengecewakan, Mourinho mendakwa kebangkitan Manchester United baru-baru ini selepas kekalahan berturut-turut kepada Brighton dan Tottenham tidak mengubah pendiriannya.

"Sudah tentu, ia musim yang sukar," kata pengurus Manchester United itu menkelang perlawanan menentang Wolves di Old Trafford pada Sabtu.

"Saya tidak berubah kerana kita menang di Liga Perdana Inggeris. Anda lihat tahap pasukan ini. Anda lihat skuad Livepool, skuad (Manchester) City, skuad Chelsea, skuad Tottenham dan skuad Arsenal, semuanya bertambah baik. Ia menjadi sukar buat kita.

"Saya tidak mengatakan kita akan mendapat lebih banyak mata berbanding musim lepas, kerana musim lepas kita peroleh mata pada tahap yang amat boleh diterima.

"Saya fikir kita akan menjadi pasukan yang lebih baik. Kita akan bermain lebih baik daripada yang sebelumnya, tetapi saya fikir ia akan menjadi musim yang sangat sukar.

"Saya optimistik, tetapi ia musim yang sukar," ujar Mourinho. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan