Kad merah lenyapkan peluang Ronaldo menangi Ballon d'Or? - Bola Sepak | mStar

Kad merah lenyapkan peluang Ronaldo menangi Ballon d'Or?

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2018 9:05 AM

(Ubah saiz teks)

TIMBUL persoalan jika layangan kad merah yang diterima bintang sensasi Cristiano Ronaldo bakal menjejaskan peluangnya dalam anugerah Ballon d'Or edisi tahun ini.

Dia tersenerai sebagai antara calon pemenang utama anugerah berprestij itu namun peluangnya kini dlilihat memudar.

Ronaldo sebelum ini mencatat lima kemenangan Ballon d'Or, jumlah yang sama dimenangi Lionel Messi sepanjang kerjayanya.

Menerusi insiden terbaharu, Ronaldo menerima kad merah daripada pengadil Jerman, Felix Brych sewaktu perlawanan pada Rabu.

Ia merupakan kad merah ke-11 yang diterimanya dan yang pertama dalam Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 33 tahun yang baru menyertai Juventus itu kelihatan marah kerana diusir keluar padang dan seolah-olah tidak memahami keputusan tersebut.

"Saya tidak buat apa-apa, " ujar Ronaldo kepada pengadil.

Namun, paparan imej menunjukkan dia memegang kepala pemain pertahanan Valencia, Jesion Murillo.

Biarpun tidak dianggap sebagai kasar atau ganas, ramai yang tertanya-tanya mengenai motif tindakan Ronaldo itu.

Malah, ada pihak beranggapan yang dia sudahpun kehilangan imuniti selepas meninggalkan Real Madrid.

Timbul juga desas-desus mengenai peluang Ronaldo dalam edisi Ballon d'Or tahun ini yang dikatakan tidak akan berpihak kepadanya.-SportEnglish & IOL.co.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Juventus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan