Bapa Aubameyang dilantik jadi jurulatih Gabon selepas Camacho dipecat - Bola Sepak | mStar

Bapa Aubameyang dilantik jadi jurulatih Gabon selepas Camacho dipecat

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2018 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS kapten Pierre Aubame dan Daniel Cousin dilantik sebagai jurulatih Gabon selepas pemecatan Jose Antonio Camacho pada minggu lalu.

Pelantikan itu disahkan oleh persekutuan bola sepak negara itu.

Aubame merupakan bapa penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang manakala Cousin, yang pernah menjadi penyerang di Rangers dan Hull City sebelum ini bertindak sebagai pengurus pasukan yang menguruskan hal logistik.

Seorang lagi bekas ketua pasukan kebangsaan Francois Amegasse pula mengambil alih jawatan Cousin.

Kenyataan daripada federasi bola sepak Gabon berkata: "Kami berharap tiga bekas kapten ini akan menurunkan pengalaman mereka kepada para pemain."

Seorang bekas jurulatih Sepanyol, Camacho dipecat pada minggu lalu kerana hanya meraih dua kemenangan daripada 17 perlawanan sejak mengambil alih pasukan itu dua tahun lalu. - Eurosport

Tags / Kata Kunci: Aubameyang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan