Ampadu kekal di Stamford Bridge lima tahun lagi - Bola Sepak | mStar

Ampadu kekal di Stamford Bridge lima tahun lagi

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2018 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN kebangsaan Wales, Ethan Ampadu menandatangani kontrak baharu selama lima tahun dengan Chelsea.

Ampadu, 18, tampil cemerlang di Stamford Bridge sejak berhijrah dari Exeter City pada 2017 dan sudah melakukan tujuh penampilan bersama skuad utama.

"Saya amat berbangga dan gembira.

"Saya perlu terus berusaha keras dan berharap perkara baik akan berlaku," katanya.

Ampadu yang boleh beraksi di bahagian tengah dan pertahanan melakukan penampilan pertamanya ketika Chelsea menewaskan Nottingham Forest pada saingan Piala Liga musim lalu.

Dia turut mendapat pujian jurulatih Wales, Ryan Giggs selepas membantu skuad tersebut menundukkan Ireland 4-1 pada kejohanan Liga Negara-Negara UEFA, awal bulan ini.

Tags / Kata Kunci: Ethan Ampadu , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan