Antoine Griezmann setaraf dengan Ronaldo dan Messi? - Bola Sepak | mStar

Antoine Griezmann setaraf dengan Ronaldo dan Messi?

Diterbitkan: Khamis, 20 September 2018 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Atletico Madrid, Lucas Hernandez menyifatkan rakan sepasukannya, Antoine Griezmann setaraf dengan dua bintang sensasi, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Menurut Hernandez, dia juga percaya 90 peratus individu yang berada dalam dunia bola sepak bersetuju dengan kata-katanya itu.

Ia berikutan timbul perdebatan mengenai kualiti permainan Griezmann yang tercetus berhubung pencalonan dalam anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Bagaimanapun, pemain Rald Madrid, Sergio Ramos ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Griezman setaraf dengan Ronaldo dan Messi? Ini satu kenyataan yang tidak masuk akal," katanya kepada media awal minggu ini.

Dalam pada itu, Lucas turut menjawab semula kata-kata dalam Ramos dalam sidang media selepas dia membantu pasukannya membenam Monaco 2-1 menerusi perlawanan Liga Juara-Juara pada Selasa.

"Sebagaimana saya, orang lain dalam dunia bola sepak juga percaya yang Griezmann bagus seperti Messi dan Ronaldo.

"Mungkin Sergio Ramos tak suka kenyataan ini. Dia di pasukan lawan, mestilah dia mempertahankan pasukannya," ujar Lucas lagi.

Lebih menarik, Lucas dan Griezmann juga bakal berhadapan dengan Ramos menerusi perlawanan pada 29 September depan.-Goal.com.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan