Salah dedah rutin bersama Firmino, Sane di bilik persalinan - Bola Sepak | mStar

Salah dedah rutin bersama Firmino, Sane di bilik persalinan

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2018 3:31 PM

Mohamed Salah.

(Ubah saiz teks)

MOHAMED Salah membentuk jentera serangan yang mantap bergandingan dengan Roberto Firmino dan Sadio Mane untuk Liverpool musim lalu.

Namun Salah berkata, keakraban mereka bukan setakat di atas padang semata-mata.

"Kami kawan, kami banyak bercakap.

"Hakikatnya kami bertiga duduk di bilik persalinan bersama-sama selepas tamat perlawanan.

Roberto Firmino.

"Terdapat perpaduan yang nyata antara kami kerana kami tidak ambil peduli siapa yang paling banyak menjaringkan gol," kata pemain kebangsaan Mesir itu kepada majalah France Football.

Mengenai hubungannya dengan Jurgen Klopp, Salah berkata:"Dari hari pertama saya bersama The Reds, dia melayan saya seperti seorang kawan."

"Kami berborak bersama-sama dan terdapat sesuatu yang amat kuat antara kami. Ia berterusan sejak dari awal lagi," katanya.

Liverpool menduduki tangga keempat pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Musim ini, anak buah Klopp berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan dan menjadi pencabar utama untuk juara musim lalu, Manchester City.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Salah , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan