Rio Ferdinand yakin MU tak akan menang Liga Juara-Juara - Bola Sepak | mStar

Rio Ferdinand yakin MU tak akan menang Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2018 9:53 AM

Rio Ferdinand ternyata tidak berpuas hati dengan pertahanan Manchester United. FOTO: C1Photography

(Ubah saiz teks)

BENTENG pertahanan Manchester United (MU) yang lemah bakal memberi kesan buruk untuk saingan pasukan itu dalam Liga Juara-Juara, ujar Rio Ferdinand.

Anak buah kendalian Jose Mourinho itu memulakan saingan mereka menentang Young Boys di Bern pada Rabu lalu.

Kelihatan berlaku sedikit peningkatan berbanding penyingkiran memalukan musim lalu apabila mereka dikecewakan Sevilla dalam kelompkok 16 terakhir.

Musim ini, United sudah memenangi tiga daripada lima perlawanan yang disertai mereka.

Namun, benteng pertahanan United kelihatahan tidak memadai dan tidak sekuat sewaktu Ferdinand dan Nemanja Vidic bermain dalam pasukan itu, beberapa tahun lalu.

Ditambah pula dengan kehadiran Ronaldo di Juventus, Ferdinand membayangkan pasukan itu tidak akan mengulangi kejayaan mereka seperti tahun 2008.

Disoal berhubung prestasi pemain-pemain pertahanan United, Ferdinand ternyata berterus terang mengenai isi hatinya.

"Mereka tidak bagus dan tak akan jadi bagus.

"Mereka tidak membawa masuk individu yang boleh mengubah perkara itu. Mujur ada David de Gea sebagai penjaga gol, kalau tidak saya tak tahu apa akan jadi dalam tempoh empat tahun ini.

"Kamu tidak boleh membina pasukan pertahanan dengan pemain yang tidak boleh diharap.

Adakah Victor Lindelof bagus? Tidak. Begitu juga Eric Bailly, Chris Smalling dan Phil Jones," katanya lagi. - DailyMail.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan