Pemain Juventus terima kad merah ludah muka lawan - Bola Sepak | mStar

Pemain Juventus terima kad merah ludah muka lawan

Diterbitkan: Isnin, 17 September 2018 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

LAYANGAN kad merah lebih menjadi perhatian biar pun Juventus menang 2-1 ke atas Sassuola pada saingan Seria A awal pagi Isnin.

Dua gol kemenangan Juventus itu dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo.

Namun rakan sepasukannya, Douglas Costa menjadi sebutan apabila bertindak meludah muka pemain lawan yang menyaksikan dia dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Pemain sayap Brazil itu hilang sabar apabila 'diberi' siku dan tandukan sejak awal permainan sehingga bertindak meludah muda Federico Di Francesco.

Susulan insiden itu, Costa tampil memohon maaf.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua penyokong Juventus dengan tindakan di luar kawalan pada perlawanan hari ini. 

"Saya juga meminta maaf kepada rakan pasukan dan semua orang. Ia adalah kesalahan teruk. Saya ingin jelaskan bahawa tindakan itu bukan perangai saya sebenar sepanjang karier ini."

Tags / Kata Kunci: Ludah , Juventus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan