Klopp terus senyum kemenangan kelima - Bola Sepak | mStar

Klopp terus senyum kemenangan kelima

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2018 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp teruja dengan skuadnya yang ebrjaya menumpaskan Tottenham Hotspur 2-1 di Stadium Wembley, Sabtu malam.

Pengurus Liverpool itu mengakui persembahan lebih baik daripada keputusan.

"Tetapi keputusan adalah amat penting. Dan keputusan menjadi lebih sempurna kerana memenangi perlawanan di sini kerana ia sangat sukar," kata Klopp.

Dua gol kemenangan The Reds dijaringkan oleh  Georginio Wijnaldum dan Roberto Firmino.

"Ia adalah perlawanan terbaik kami musim ini. Kami mempunyai 85 minit yang sempurna walaupun tidak dapat menamatkan permainan dengan baik," jelas Wijnaldum.

Kemenangan ini menyaksikan rekod bersih tanpa kalah Klopp selepas lima perlawanan musim ini.

Mereka kini menduduki tangga kedua liga, di belakang Chelsea dengan perbezaan jaringan.

Tags / Kata Kunci: Jurgen Klopp , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan