Sane diberi cuti sambut kelahiran anak pertama - Bola Sepak | mStar

Sane diberi cuti sambut kelahiran anak pertama

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2018 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

LEROY Sane terpaksa meninggalkan skuad Jerman untuk bersama dengan teman wanitanya yang bakal melahirnya anak pertama mereka.

Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low memberi pelepasan kepada pemain sayap Manchester City untuk kembali ke Munich dengan alasan peribadi.

Dia bakal terlepas dengan perlawanan persahabatan bertemu Peru Ahad ini.

Sane,22, sebelum ini dikritik kerana tidak menunjukkan 'perasaan' walaupun ketika pasukan menang atau tewas.

Rakan sepasukan Jerman, Toni Kross meminta supaya Sane mengubah sikapnya itu.

"Kadang-kadang anda perlu menujukkan bahasa badan sama ada kita menang atau kalah."

Tags / Kata Kunci: Leroy Sane , Jerman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan