Modric kini senjata besar La Liga, ujar Rakitic - Bola Sepak | mStar

Modric kini senjata besar La Liga, ujar Rakitic

Diterbitkan: Khamis, 6 September 2018 3:56 PM

Modric dan Rakitic (kanan) ketika dalam pasukan Croatia.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Barcelona Ivan Rakitic  memberitahu Luka Modric kini merupakan pemain terbaik dunia.

Rakitic dan Modric merupakan pemain kebangsaan Croatia yang berjaya mara ke final Piala Dunia Jun lalu.

Malah Modric turut membantu Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara.

Rakitic memberitahu kepada Novi:"Luka kini merupakan senjata besar dalam La Liga, dia adalah pemain terbaik dunia tahun ini dan kami Croatia amat berbangga dengannya.

"Saya berharap hadiah terakhir untuknya adalah Ballon d'Or kerana dia memang layak menerimanya," jelas Rakitic.

Tags / Kata Kunci: Luka Modric , Rakitic
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan