Perlis, Terengganu City FC sila langsai tunggakan! - Bola Sepak | mStar

Perlis, Terengganu City FC sila langsai tunggakan!

Diterbitkan: Selasa, 4 September 2018 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) diarahkan menyelesaikan tunggakan gaji berjumlah RM461,500 kepada 29 pemainnya.

Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mesyuaratnya pada 27 Ogos lalu memutuskan, PFA perlu melangsaikan tunggakan gaji tersebut dalam tempoh 30 hari.

"Tuntutan 29 pengadu telah diterima sepenuhnya dan PFA dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini," demikian menurut kenyataan dikeluarkan FAM pada Selasa.

FAM berkata, jika PFA gagal menyelesaikan tunggakan gaji itu dalam tempoh yang ditetapkan, perkara tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM mengikut Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

Dalam pada itu, FAM turut mengarahkan Terengganu City FC (TCFC) yang turut terpalit isu sama supaya membayar tunggakan gaji kepada enam pemainnya.

Tunggakan gaji yang perlu dibayar pasukan Liga FAM itu berjumlah RM283,000.

"Jika TCFC gagal membayar jumlah dinyatakan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM," kata kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: FAM , Perlis , TCFC , gaji
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan