Modric rampas gelaran Pemain Terbaik Uefa dari Ronaldo - Bola Sepak | mStar

Modric rampas gelaran Pemain Terbaik Uefa dari Ronaldo

Diterbitkan: Jumaat, 31 Ogos 2018 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

LUKA Modric ditabalkan sebagai Pemain Terbaik Uefa (Kesatuan Bola Sepak Eropah) selepas membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.

Pemain antarabangsa Croatia itu mengetepikan dua lagi calon pilihan, Mohamed Salah dan Cristiano Ronaldo bagi merangkul gelaran utama Uefa tahun ini.

Tahun lalu, Ronaldo dipilih sebagai pemain terbaik setelah menjadi penjaring terbanyak untuk tempoh enam tahun bersama kelab itu.

Bagaimana pun tahun ini Ronaldo hanya berjaya terpilih sebagai Penyerang Terbaik.

Sementara itu, rakan sepasukan Modric, Sergio Ramos dinobatkan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik.

Senarai Pemenang Anugerah Uefa:

Pemain Terbaik Uefa: Luka Modric

Pemain Terbaik Uefa Wanita: Penille Harder

Penjaga Gol Terbaik: Keylor Navas

Pemain Pertahanan Terbaik: Sergio Ramos

Pemain Tengah Terbaik: Luka Modric

Penyerang Terbaik: Cristiano Ronaldo

Tags / Kata Kunci: Luka Modric
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan