Martial buat pusingan U, sedia bersaing rebut tempat - Bola Sepak | mStar

Martial buat pusingan U, sedia bersaing rebut tempat

Diterbitkan: Rabu, 22 Ogos 2018 7:44 AM

(Ubah saiz teks)

ANTHONY Martial membuat pusingan U berhubung masa depannya di Manchester United dan kini bersedia untuk merebut tempat dalam skuad utama Jose Mourinho.

Penyerang Perancis itu dijangka meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini selepas ejennya mengesahkan dia tidak gembira dan sedia angkat kaki.

Malah hubungan Martial dengan Mourinho agak tegang selepas dia meninggalkan jelajah pra musim United bagi menyambut kelahiran anak keduanya.

Mourinho dikatakan tidak gembira kerana Martial tidak pulang secepat mungkin dan menyebabkan pemain berusia 22 tahun itu didenda menyamai jumlah bayaran gajinya selama dua minggu.

Disisihkan semasa aksi pembukaan United, Martial diturunkan ketika aksi menentang Brighton pada Ahad selepas Alexis Sanchez bergelut dengan kecederaan.

Namun Martial gagal memberi impak ke atas The Seagulls dan dia diganti dengan pemain lain pada babak kedua.

Susulan kekalahan 2-3 itu, Mourinho dilaporkan mengemukakan rayuan terbaharu kepada Ed Woodward supaya menjual Martial sebelum jendela perpindahan pemain ditutup hujung bulan ini.

Namun, menurut The Sun, Martial akhirnya memutuskan untuk meneruskan kariernya di Old Trafford selepas lembaga pengarah United enggan melepaskannya.

Martial kini terpaksa bersaing dengan Sanchez, Marcus Rashford dan Jesse Lingard untuk merebut tempat dalam skuad utama Mourinho.

Selepas Martial gagal menyerlah ketika bertemu Brighton, legenda United Paul Scholes berpendapat kapten Paul Pogba sepatutnya dipersalahkan.

"Apabila anda ketinggalan 3-1, perkara pertama yang anda fikir adalah kita perlu menjaringkan gol. Dimanakah tindakan segera pemain?," soal Scholes.

Tags / Kata Kunci: Anthony Martial , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan