Mourinho kecewa Shaqiri pilih Liverpool - Bola Sepak | mStar

Mourinho kecewa Shaqiri pilih Liverpool

Diterbitkan: Selasa, 14 Ogos 2018 6:53 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho kecewa kerana gagal memintas Liverpool dalam perebutan terhadap Xherdan Shaqiri pada jendela perpindahan pemain yang ditutup minggu lalu.

Jurgen Klopp berjaya memuktamadkan perpindahan Shaqiri sebelum Manchester United mengadakan rundingan terbuka dengan pemain tersebut.

Pengendali kelahiran Portugal itu mahu mendapatkan khidmat bekas pemain Bayern Munich dan Inter Milan itu ke Old Trafford yang hanya bernilai 12.5 juta pound sterling selepas Stoke City tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan.

Namun Mourinho terlambat apabila Klopp bertindak lebih pantas dan memujuk pemain kebangsaan Switzerland itu berpindah ke Anfield, lapor Blick.

Shaqiri dilaporkan kagum dengan corak permainan Klopp dan tidak berfikir terlalu lama untuk menerima tawaran Liverpool meskipun menyedari United turut berminat terhadapnya.

Southampton dan West Ham juga antara kelab yang berminat untuk menyambar Shaqiri.

Shaqiri memulakan penampilan pertamanya bersama Liverpool ketika menundukkan West Ham United 4-0 pada aksi pembukaan tirai kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan