"Kadang-kala kami mahu 'bunuh' dia" - Bola Sepak | mStar

"Kadang-kala kami mahu 'bunuh' dia"

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2018 8:10 AM

(Ubah saiz teks)

BOS Manchester City mengakui kadang-kala timbul persasaan geram terhadap sikap Benjamin Mendy.

Pemain pertahanan itu memulakan kempen kelimanya bersama City ketika aksi kemenangan 2-0 ke atas Arsenal lewat Ahad malam.

Kedua-dua gol tersebut adalah berpunca daripada bantuan Mendy.

Bagaimana pun, pengurus Pep Guardiola geram dengan perangai Mendy yang gemar 'bermain' di laman sosial.

Walaupun memuji tenaga yang ditunjukkan pemain antarabangsa Perancis itu, Guardiola mahu Mendy mengurangkan hobinya itu.


"Mendy tetap Mendy," ujarnya Guardiola menerusi Twitter Man City.

"Kadang-kala kami rasa ingin 'bunuhnya' dan kadang-kala anda akan terfikir 'wow' dengan pemain yang kami ada.

"Dia memberi kami tenaga. Prestasi Mendy telah banyak meningkayt dan berharap kami dapat memujuknya supaya dapat mengurangkan aktiviti di laman sosial dan perbaiki lagi beberapa perkara," jelas Guardiola.

Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Benjamin Mendi , Man City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan