Pemain di zon selesa, semua salah Wenger -Neville - Bola Sepak | mStar

Pemain di zon selesa, semua salah Wenger -Neville

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2018 9:18 AM

(Ubah saiz teks)

GARY Neville percaya pemain-pemain Arsenal sebelum ini terlalu berada dalam zon selesa.

Neville percaya ketibaan pengurus baharu Unai Emery memerlukan ramai pemain baharu untuk memastikan kelab berada di landasan yang betul.

Pengendali Sepanyol itu dilihat membuang sedikit masa dalam proses perubahan kelab selepas dilantik menggantikan Arsene Wenger Mei lalu.

Arsenal memulakan kempen baharu Liga Perdana dengan tewas 2-0 kepada Manchester City awal pagi Isnin.

"Semua pemain ini berada dalam zon selesa, dan semua itu adalah salah Arsene Wenger berdasarkan pandangan beberapa orang.

"Jika mereka tidak melakukan kerja, dia (Emery) akan dapatkan mereka.

"Dia telah mempunyai tiga atau empat pemain baharu. Sudah tentu dia perlukannya (pemain), ini bukan Chelsea.

"Ini bukan jangka pendek. Pemilihan pemain sangat teruk dan memerlukan masa untuk melakukan beberapa lagi perpindahan.

"Ia juga menyaksikan Pep Guardiola melakukan tiga perpindahan. Saya tidak kisah siapa yang anda bawa," jelasnya kepada Sky Sports.

Tags / Kata Kunci: Garu Neville , Arsenal , Unai Emery
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan