"Kami tak berbalah" - Bola Sepak | mStar

"Kami tak berbalah"

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2018 7:21 AM

(Ubah saiz teks)

PAUL Pogba menafikan dakwaan berlaku perbalahan antara dirinya dengan Alexis Sanchez selepas pemain kebangsaan Chile itu dilihat tidak berpuas hati apabila tugas penalti disempurnakan kapten Manchester United tersebut, malam Jumaat.

Red Devils memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan menang 2-1 ke atas Leicester City.

Dua gol United dijaringkan masing-masing oleh Pogba dan Luke Shaw ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

Dalam satu rakaman semasa di atas padang, Sanchez dilihat cuba mengambil bola daripada Pogba sebelum pemain kebangsaan Perancis itu menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Ditanya sama ada United mempunyai individu tersebut yang ditugaskan untuk menyempurnakan penalti, Pogba berkata:"Kami tidak ada seorang pun."

"Malah jika pengurus meletakkan nama tetapi selepas itu ia bergantung kepada bagaimana kami rasakan. Saya memutuskan untuk menyempurnakannya kerana nama saya turut tersenarai.

"Namun mungkin pada perlawanan akan datang saya berikan tugas itu kepada Sanchez. Ia tak jadi masalah. Bagi saya, menang lebih penting," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan