Spurs berani tanpa pemain baharu - Bola Sepak | mStar

Spurs berani tanpa pemain baharu

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2018 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

MAURICIO Pochettino mempertahankan tindakan Tottenham Hotspur yang berani mengharungi musim tanpa seorang pun pemain baharu.

Pengurus Spurs itu berkeras mempertahankan polisi kelab dan menggambarkan 'pasaran gila' dan kos stadium membuatkan sumber kewangan terhad.

Ia menjadikan Spurs kelab Liga Perdana pertama yang bakal mengharungi musim baharu ini dengan tidak menggunakan jendela perpindahan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2003.

"Apa yang kelab lalui sekarang mebuktikan keberanian. Bangunan dan stadium baharu perbelanjaan mencecah satu bilion pound.

"Ditambah lagi Brexit yang teruk sehingga kos 30 peratus. Ini juga drama. Saya simpati dengan orang Inggeris," ujar Pochettino.

Sebelum ini, Spurs hampir mengikat Jack Grealish dari Aston Villa namun dibatalkan apabila tawaran 25 juta pound dinaikkan.

"Kami menyimpan pemain-pemain terbaik. Bagi saya ia keputusan yang berani. Mungkin orang lain akan fikir 'Oh Tottenham tidak membeli pemain' tetapi adakah beli pemain hanya sekadar ada pemain baharu?," katanya.

Sebagai rekod, sehingga kini Spurs menamatkan saingan liga di tempat keempat buat kali ketiga berturut-turut dengan hanya 50 juta pound perbelanjaan di bawah pengurusan pengendali kelahiran Argentina itu.

Tags / Kata Kunci: Mauricio Pochettino , Spurs
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan