No. 7 kini milik Coutinho - Bola Sepak | mStar

No. 7 kini milik Coutinho

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2018 8:03 AM

(Ubah saiz teks)

PHILIPPE Coutinho menukar nombor jersi 14 kepada 7 di Barcelona.

Bekas pemain Liverpool itu memakai jersi No 14 sejak berpindah ke Barcelona Januari lalu.

Sebelum ini, Arda Turan jersi bernombor 7 ini yang dianggap berprestij, malah sebelumnya itu disarungkan oleh Luis Figo, David Villa dan Henrik Larsson.

Turan berpindah ke Istanbul Basaksehir secara pinjaman.

Kali terakhir Coutinho memakai No. 7 ketika musim akhir di Inter Milan sebelum menyertai Liverpool pada tahun 2013.

Di Anfidel, Coutinho memakai No.10.

Sejak berpindah ke Barcelona dengan nilai 145 juta pound, Coutinho telah memberi kesan besar di Nou Camp apabila menjaringkan 10 gol dalam 22 perlawanan musim lalu.

Dia juga turut cemerlang ketika aksi Piala Dunia dengan menjaringkan dua gol untuk Brazil sebelum tersingkir dalam pusingan suku akhir.

Tags / Kata Kunci: Philippe Coutinho , Barcelona
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan