Henrotay rayu Chelsea lepaskan Courtois - Bola Sepak | mStar

Henrotay rayu Chelsea lepaskan Courtois

Diterbitkan: Sabtu, 4 Ogos 2018 9:06 AM

(Ubah saiz teks)

EJEN Thibaut Courtois meminta supaya Chelsea melepaskan pemain itu ke Real Madrid.

Real Madrid dilaporkan berminat untuk menggunakan khidmat penyerang gol ini yang hanya berbaki kontrak kurang setahun di Stamford Bridge.

Courtois yang sebelum ini beraksi secara pinjaman di Atletico Madrid mahu kembali ke Sepanyol untuk dekat dengan keluarganya.

Bagaimana pun Chelsea dikatakan enggan membuat rundingan dengan Real berkaitan pemain itu yang bernilai 40 juta pound.

Ejennya, Christophe Henrotay mahu perbincangan perpindahan ini selesai sebelum jendela ditutup minggu depan.

"Saya telah membaca berita bahawa Chelsea memberitahu terpulang kepada Thibaut, tetapi dia telah jelaskan pilihan terbaik untuk berpindah adalah Madrid.

"Ia adalah keputusan penting baginya kerana dia mahu berada berdekatan dengan keluarga, malah ada tawaran untuk Chelsea diterima," jelas Hentoray kepada The Sun.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Thibaut Courtois
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan