Penyokong Rangers-Osijek buat huru-hara, dua ditikam - Bola Sepak | mStar

Penyokong Rangers-Osijek buat huru-hara, dua ditikam

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2018 8:50 AM

(Ubah saiz teks)

PERLAWANAN Rangers dan Osijek dalam aksi Liga Europa dicemari dengan insiden keganasan oleh penyokong-penyokong.

Biarpun aksi belum bermula, kedua-dua penyokong sudah membuat kacau di jalan utama Glasgow yang menyaksikan dua lelaki cedera ditikam.

Kedua-dua mangsa itu dihantar ke hospital dan dilaporkan stabil.

Menurut Inspektor Steven Wallace: "Keganasan seperti ini tidak boleh diterima dan penting untuk kami mendapatkan maklumat untuk meneruskan siasatan.

"Saya merayu kepada semua yang berada di tempat kejadian atau menyaksikan insiden tersebut, tampil memberi kerjasama."

Perlawanan itu menyaksikan seri 1-1 sekaligus menyaksikan Osijek tersingkir ke saingan seterusnya.

Tags / Kata Kunci: Rangers , Osijek
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan