Syed Saddiq nak jumpa Kim Swee, Exco sukan negeri - Bola Sepak | mStar

Syed Saddiq nak jumpa Kim Swee, Exco sukan negeri

Diterbitkan: Ahad, 22 Julai 2018 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu pelepasan pemain di peringkat negeri untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bukan perkara baharu.

Sikap pentingkan diri yang diamalkan pengurusan pasukan negeri ternyata membawa masalah besar untuk proses persiapan skuad negara.

Susulan isu berkenaan, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu beliau akan bertemu dengan Exco sukan setiap negeri untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Saya nak jumpa Exco sukan negeri dan juga Datuk Ong Kim Swee, kita akan panggil duduk cari jalan penyelesaian bersama.

"Tindakan drastik tanpa berdialog atau berinteraksi dengan mereka jauh lebih teruk, paling penting bincang bersama," jelasnya kepada media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kali Ke-5 Belia Mahir pada Ahad.

Tahun lalu, Kim Swee pening dengan jumlah kehadiran pemain Bawah 23 Tahun yang dipanggil untuk persiapan Sukan SEA dan masalah sama dijangka berulang menjelang kem latihan Sukan Asia yang bakal diadakan bermula 30 Julai ini.

Kim Swee pada Sabtu bertegas akan mengambil tindakan drastik untuk menarik diri daripada temasya yang bakal  bermula 18 Ogos ini.

Keengganan pasukan negeri melepaskan pemain-pemain disebabkan pertembungan jadual perlawanan Piala Malaysia.

Rabu lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan 30 pemain untuk menjalani latihan di Wisma FAM.

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , Syed Saddiq
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan