Chelsea setuju bidaan RM906 juta Real untuk Hazard - Bola Sepak | mStar

Chelsea setuju bidaan RM906 juta Real untuk Hazard

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2018 7:16 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA mencapai persetujuan awal dengan Real Madrid untuk menjual Eden Hazard dengan bidaan 170 juta pound sterling (RM906 juta).

Bercakap selepas kempen Piala Dunia bersama Belgium, pemain berusia 27 tahun itu memberi bayangan bahawa dia mahu meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini.

Malah Hazard tanpa berselindung memberitahu Real Madrid adalah destinasi pilihannya.

Hazard masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun dan enggan memperbaharui kontraknya bersama Chelsea.

Menurut Le10 Sport, Real telah memulakan rundingan untuk mendapatkan khidmat Hazard pada minggu ini dan persetujuan pertama dicapai dengan Chelsea berhubung tawaran bernilai RM906 juta.

Laporan itu turut mendakwa pemenang Liga Juara-Juara itu sudah mengadakan rundingan dengan bapa Hazard mengenai kontrak pemain itu.

Gianluca Di Marzio pula melaporkan petang Khamis, mesyuarat antara peguam, bapa Hazard dan Real pada Sabtu.

Namun laporan di Itali itu mendakwa Real akan menawarkan bidaan tidak lebih 112 juta pound sterling (RM597 juta) terhadap Hazard.

Tags / Kata Kunci: Eden Hazard , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan