Neymar dedah status kelab musim baharu - Bola Sepak | mStar

Neymar dedah status kelab musim baharu

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2018 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

NEYMAR tampil menutup khabar angin mengenai status masa depannya.

Dia mengesahkan dia akan kekal di Paris Saint Germain (PSG) bagi musim 2018/19.

Penyerang Brazil itu dikaitkan akan berpindah ke Real Madrid berikutan ketiadaan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Juventus.

"Saya kekal. Saya mempunyai kontrak di Paris dan saya mahu berjaya dengan kelab ini.

"Mengenai spekulasi, saya fikir semua media buat kesilapan. Saya masih ada kontrak dan mereka tidak tahu objektif dan kenapa saya datang ke sini," ujarnya kepada AFP.

Dengan pengesahan ini kemungkinan Real Madrid akan cuba mendapatkan Eden hazard dan Thibaut Courtois dengan bajet 200 juta euro.

Tags / Kata Kunci: Neymar , PSG
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan