Forson luar biasa! - Bola Sepak | mStar

Forson luar biasa!

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2018 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City dan Everton kini berebut mendapatkan pemain muda luar biasa, Omari Forson.

Pemain skuad Bawah 14 Tahun Tottenham Hotspur itu menarik  minat City yang telah memantaunya sejak berusia sembilan tahun pada 2014 ketika bersama West Ham.

Forson,13, kini dipercayai mula menjalani latihan bersama The Toffess minggu ini.

Pemain yang memiliki kelebihan kaki kiri itu menjadi rebutan selepas bakatnya dirakam dan dimuat naik di Youtube ketika berusia enam tahun.

Kelebihan larian pantas sambil menggelecek membuatkan dia menjadi rebutan beberapa kelab gergasi Liga Perdana.

Tags / Kata Kunci: Omari Forson , West Ham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan