Lepas kena 'tinggal', Alexis Sanchez akhirnya... - Bola Sepak | mStar

Lepas kena 'tinggal', Alexis Sanchez akhirnya...

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2018 7:49 AM

Alexis Sanchez (kiri) memberi gambaran akan ke Amerika Syarikat (AS). Foto Instagram Alexis Sanchez

(Ubah saiz teks)

ALEXIS Sanchez akhirnya berpeluang menyertai jelajah pra-musim Manchester United di Amerika Syarikat selepas isu visanya diselesaikan.

Awal minggu ini, penyerang Chile itu sebelum ini tidak dapat memperoleh visa untuk ke Los Angeles bersama anggota skuad lain dari Manchester United kerana menghadapi masalah yang berkaitan dengan isu penipuan cukai di Sepanyol.

Sanchez telah menjalani latihan bersendirian di pangkalan Manchester United di Carrington, Manchester.

Bagaimanapun, menerusi status yang dimuat naik di Instagram selepas sesi kecergasannya pada Khamis memberi isyarat bahawa beliau akan ke luar negara tidak lama lagi.

Berdasarkan gambar swafoto bersama jurulatihnya, Sanchez menulis 'Latihan terakhir di Manchester United', sebelum menulis 'Tidak lama lagi' bersama dengan bendera Amerika.

Walaupun Sanchez tidak bermain dalam perlawanan pertama Manchester United bertemu Club America pada Jumaat, tetapi beliau boleh menyertai perlawanan kedua menentang San Jose Earthquakes, Ahad ini. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan