Tip lumayan dari Ronaldo - Bola Sepak | mStar

Tip lumayan dari Ronaldo

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2018 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo amat berpuas hati dengan perkhidmatan hotel, tempat penginapan percutian keluarga di Greek.

Ronaldo yang terkenal dengan sikap pemurah meninggalkan tip lumayan sebanyak £17,850 (RM94,348).

Bekas pemain Real Madrid itu bercuti bersama keluarga dan bebeapa orang kawannya di Mediterranean selepas Portugal tersingkir daripada saingan Piala Dunia baru-baru ini.

Dia memuat naik gambarnya bersama teman wanita Georgina Rodriguez, anaknya dan kawan-kawan.

Ronaldo menghabiskan masa rehatnya sebelum diperkenalkan sebagai pemain baharu Juventus minggu lalu.

Sebelum meninggalkan hotel itu, Ronaldo turut meninggalkan nota ucapan terima kasih dan wang upah untuk dikongsi dengan semua pekerja hotel itu.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , tip
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan