Barca tawar Dembele sebagai ganti Hazard - Bola Sepak | mStar

Barca tawar Dembele sebagai ganti Hazard

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2018 7:49 AM

Ousmane Dembele.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA sanggup menawarkan Ousmane Dembele kepada Chelsea dalam usaha mendapatkan khidmat Eden Hazard.

Hazard meluahkan hasrat untuk meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini dengan Real Madrid sebagai destinasi pilihannya.

Awal minggu ini, laporan di Perancis mendakwa Hazard sudah bersetuju secara lisan dengan Madrid yang perlu berunding mengenai yuran perpindahan dengan Chelsea.

Barcelona turut berminat terhadap pemain berusia 27 tahun itu.

Kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan telah mengadakan rundingan dengan wakil Hazard.

Hazard masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun di Stamford Bridge.

Eden Hazard.

Namun menurut stesen radio Sepanyol Onda Cero, Barcelona sedang berusaha memujuk Chelsea untuk melepaskan Hazard dengan menawarkan Dembele sebagai ganti.

Barcelona menandatangani kontrak dengan Dembele dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu dengan bidaan 96.8 juta pound sterling.

Namun nilai itu dijangka meningkat kepada 135.5 juta pound sterling.

Dembele kini sedang bercuti selepas membantu Perancis menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua, awal pagi Isnin lalu.

Dalam pada itu, Chelsea sudah tentu akan menghalang Hazard daripada meninggalkan Stamford Bridge kerana penjaga gol Thibaut Courtois turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

"Hakikatnya pemain yang anda rujuk adalah pemain kelas tertinggi dan saya mahu menyimpan mereka.

"Namun panggilan telefon tanpa melihat mereka dengan mata sendiri tidak akan memberi saya kepastian.

"Saya mahu bertemu secara bersemuka dengan pemain ini dan berbincang dengan mereka serta memahami perkara terbaik untuk dilakukan semua pihak," katanya.

Tags / Kata Kunci: Eden Hazard , Barcelona
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan