Sarri kongsi rancangan - Bola Sepak | mStar

Sarri kongsi rancangan

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2018 11:52 AM

Sesi latihan Sarri bersama skuad Chelsea. Foto: Getty Image

(Ubah saiz teks)

MAURIZIO Sarri bakal memperbaiki beberapa perkara dalam pasukan Chelsea selepas secara rasminya dilantik sebagai pengurus Sabtu lalu.

Sarri, 59, menggantikan Antonio Conte yang dipecat 24 jam sebelum perlantikannya, dan selepas 55 hari membawa The Blues menjulang trofi Piala FA musim ini.

Menurut Sarri, dia berniat untuk membetulkan satu atau dua perkara penting dalam skuad ini.

"Dengan satu atau dua perkara ini, kami akan bermain bola sepak cara saya," jelasnya.

Sarri mahu skuadnya bermain dengan kekuatan maksimum dan mahhu dikenali dengan corak menyerang.

Dalam pada itu, bekas jurulatih Napoli itu terpaksa menggunakan kuasanya untuk memujuk salah seorang pemainnya, Eden Hazard  dan penjaga gol Thibaut Courtois untuk kekal di Stamford Bridge.

Malah dia juga bakal berdepan dengan kehilangan Willian, Alvaro Morata dan pemain tengah N'Golo Kante dan beberapa orang lain.

Begitu juga dengan masa depan kapten, Gary Cahill yang masih lagi menjadi tanda tanya.

Tags / Kata Kunci: Maurizio Sarri , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan