Pogba mahu bersama Ronaldo - Bola Sepak | mStar

Pogba mahu bersama Ronaldo

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2018 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

PAUL Pogba mahu meninggalkan Manchester United untuk kembali ke Juventus, lapor media di Itali.

Bintang berusia 25 tahun itu merupakan tonggak utama kemenangan Perancis di pentas Piala Dunia 2018.

Namun di peringkat kelab, Pogba bergelut dengan prestasi tidak menentu bersama United menyebabkan dia dikritik Jose Mourinho.

Tuttosport mendakwa tindakan juara Serie A itu membawa masuk Cristiano Ronaldo menyuntik semangat Pogba untuk kembali ke Itali.

Pogba menghabiskan masa selama empat musim bersama Juve sebelum berhijrah ke Manchester United secara perpindahan percuma.

Bintang Perancis itu antara pemain digeruni di Itali kerana membantu Juve memenangi empat trofi Serie A selain Coppa Italia, dua kali.

United kemudian memutuskan untuk mendapatkan khidmat Pogba dengan bidaan bernilai 89 juta pound sterling, dua tahun lalu.

Konsistensi Pogba di Old Trafford semakin merosot dengan laporan awal tahun ini mendakwa hubungan pemain tengah itu dengan Mourinho mulai dingin.

Semasa meraikan kemenangan Piala Dunia, awal pagi Isnin, pemain tengah Juventus, Blaise Matuidi menggesa Pogba supaya kembali ke Juventus pada musim panas ini.

"Ingat datang ke Juventus," kata Matuidi kepada rakan pasukannya itu dalam video live di Instagram.

Pogba sekadar tersenyum dengan komen Matuidi sambil berkata:"Ooh, the Old Lady, the Old Lady."

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Juventus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan