Kit baharu United bocor, peminat tak suka - Bola Sepak | mStar

Kit baharu United bocor, peminat tak suka

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2018 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

KIT baharu Manchester United musim 2018-19 dilihat dalam talian sebelum penaja utama adidas mengeluarkan klip video tersebut pada Isnin.

Dalam klip tersebut menyaksikan pemain tengah Sepanyol Juan Mata dirakam sedang berjalan menuju ke arah bilik persalinan yang kelihatan jersi baharu tergantung di situ.

Kelihatan corak baharu pada jersi tersebut iaitu di bahagian bawahnya terdapat gandingan warna hitam yang merupakan rekaan terbaharu pengeluar.


TTimbul tanda tanya oleh peminat-peminat yang menyaksikan klip video itu bahawa sama ada ianya tersilap dimuat naik atau untuk memberi peluang kepada semua peminat melihat terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara rasmi Khamis ini ketika sesi pra musim.

Kit utama itu direka dengan jalur ikonik adidas berwarna hitam di bahagian bahu dan logo utama penaja berwana putih.

Kit ketiga United yang diperkenalkan bulan lalu.

Sesetengah penyokong agak kecewa dengan rekaan terbaharu jersi itu dan lebih suka untuk memilih kit ketiga kelab yang diperkenalkan bulan lalu.

Tags / Kata Kunci: kit , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan