Bekas jurulatih negara meninggal dunia - Bola Sepak | mStar

Bekas jurulatih negara meninggal dunia

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2018 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak negara, Chow Kwai Lam (gambar) meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.

Chow, 76, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri di samping anggota keluarga.

“Ayah saya meninggal dengan tenang. Semua anak dan ahli keluarga ada bersamanya,” kata Carey, anak sulung mendiang, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Carey, ayahnya dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Mendiang Chow,  pemain bola sepak kebangsaan era 60-an hingga awal 70-an,  merupakan bekas ketua jurulatih pasukan Malaysia, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, pasukan bawah 23 tahun Malaysia dan kelab Singapura, Tampines Rovers serta Paya Lebar Punggol

.Beliau membimbing pasukan Kuala Lumpur memenangi tiga kejuaraan Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut, satu kejuaraan liga, naib juara Piala FA dan juara Piala Sumbangsih.

Tags / Kata Kunci: Kwai Lam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan