Sarri sah pengurus baharu Chelsea - Bola Sepak | mStar

Sarri sah pengurus baharu Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2018 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA mengesahkan Maurizio Sarri sebagai pengurus baharu kelab itu.

Sarri tiba di Stamford Bridge selepas merakam rekod cemerlang selama tiga musim di kelab Itali, Napoli.

Pengendali berusia 59 tahun itu mengikat kontrak selama tiga tahun bersama The Blues dan bakal menyaksikan sentuhan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris pada 11 Ogos ini dengan berkunjung ke Huddersfield.

Perlantikan baharu itu sekaligus menamatkan teka-teki status pengurus Antonio Conte yang menjalani latihan bersama pasukan beberapa hari lalu.

"Saya sangat gembira tiba di Chelsea dan Liga Perdana, ia merupakan satu sesuatu yang baharu dalam karier ini.

"Saya sudah bersedia untuk mula bekerja dan bertemu dengan semua pemain pada Isnin ini sebelum ke Australia yang bakal menjadi tempat permulaan aksi.

"Saya harap kami dapat mempamerkan aksi bola sepak yang menghiburkan untuk peminat. Kami juga akan bersaing untuk trofi di penghujung musim nanti, dan kelab memang layak untuk itu," ujar Sarri.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Maurizio Sarri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan