Malaysia julang trofi Piala AFF Bawah 19 Tahun - Bola Sepak | mStar

Malaysia julang trofi Piala AFF Bawah 19 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2018 10:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad muda negara muncul juara Piala AFF Bawah 19 Tahun 2018.

Aksi kemenangan itu muncul selepas detik mendebarkan skuad negara apabila ketinggalan 2-3 kepada Myanmar pada babak pertama perlawanan.

Bagaimana pun, skuad bimbingan Bojan Hodak itu bangkit pada separuh masa kedua dengan jaringan kemenangan oleh Shivan Pillay Asokan pada minit ke-90.

Kejayaan julung kali ini sekaligus memadam rekod negara yang bergelar naib juara sebanyak lima kali sebelum ini (2003,2005,2006, 2007 dan 2017).


Hamidin Mohd Amin (depan kanan) bersama Syed Saddiq turut hadir menyaksikan final antara Malaysia dan Myanmar. 

Lebih manis, kejayaan pasukan Malaysia ini diraikan di hadapan presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin serta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu.

Tags / Kata Kunci: B19 , Malaysia , Piala AFF
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan