Man United sedia tawaran besar buat pemain England Maguire - Bola Sepak | mStar

Man United sedia tawaran besar buat pemain England Maguire

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2018 7:21 AM

Harry Maguire. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dijangka membuat tawaran besar pada musim panas ini untuk pemain pertahanan England, Harry Maguire.

Kelab Old Trafford itu perlu membayar sebanyak £50 juta (RM266.15 juta) untuk mendapatkan Maguire dari Leicester. 

Ia berikutan pemiliknya yang merupakan jutawan Thailand berusaha untuk mengekalkan pemain itu.

Maguire mendatangani kontrak bersama Leicester harga £17 juta (RM90.49 juta) dari Hull City tahun lepas.

Bagaimanapun, nilainya naik mendadak selepas prestasi cemerlangnya pada Piala Dunia 2018 di Rusia. - Mail Online UK

Tags / Kata Kunci: Harry Maguire , Manchester United
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan