Halford umum akan tinggalkan Cardiff City - Bola Sepak | mStar

Halford umum akan tinggalkan Cardiff City

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2018 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Cardiff City Greg Halford akan meninggalkan kelan sebelum bermulanya musim Liga Perdana Inggeris akan datang.

Pemain berusia 33 tahun itu menyertai Cardiff daripada tier kedua Rotherham United pada Januari 2017 dan membuat 33 kemunculan dalam semua perlawanan kelab Welsh itu.

"Dukacita dimaklumkan bahawa latihan esok adalah sesi terakhir saya bersama Cardiff City.

"Saya melalui masa yang menakjubkan dengan semua orang di kelab ini, tapi semuanya akan berakhir juga," kata Halford melalui kenyataan yang dikeluarkan di Twitter.

Halford telah bermain untuk 12 kelab sepanjang kariernya, termasuk Sunderland, Nottingham Forest, Portsmouth and Brighton dan Hove Albion. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Greg Halford
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan