Piala AFF B-19: Malaysia singkir Indonesia, mara ke final - Bola Sepak | mStar

Piala AFF B-19: Malaysia singkir Indonesia, mara ke final

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2018 11:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan negara mara ke final Piala AFF  Bawah 19 Tahun (B-19)selepas menewaskan Indonesia 3-2 menerusi penentuan penalti dalam saingan separuh akhir Khamis malam.

Skuad B-19 yang dibimbing Bojan Hodak itu berjaya mengheret tuan rumah ke penentuan penalti selepas terikat seri 1-1 dalam tempoh permainan sebenar.

Lebih penting, skuad muda negara ini berjaya mengekal fokus biarpun tuan rumah mendahului jaringan yang menyaksikan Stadium Gelora Delta, Sidoarjo dipenuhi dengan ribuan penyokong Indonesia.

Kemenangan ini menyaksikan skuad negara kekal dengan rekod bersih ke final seperti tahun lalu.

Malaysia bakal berdepan dengan juara dua kali (2003,2005) Myanmar di pentas akhir Sabtu ini.

Sebagai rekod, pasukan B-19 negara tidak pernah merangkul gelaran juara selepas lima kali (2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017) muncul sebagai naib juara.

Tags / Kata Kunci: B19 , Piala AFF , Malaysia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan