Liverpool sedia bida Dybala RM427 juta - Bola Sepak | mStar

Liverpool sedia bida Dybala RM427 juta

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2018 8:01 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL sedia mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling (RM427 juta) terhadap Paulo Dybala dari Juventus.

Pada Selasa, Juve dan Real Madrid bersetuju memuktamadkan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Turin.

TyC Sports melaporkan Liverpool mahu mengemukakan bidaan terhadap Dybala sebaik sahaja perpindahan Ronaldo dimuktamadkan.

Menurut laporan itu, Dybala berlepas ke Cordoba selepas Argentina tersingkir daripada saingan Piala Dunia tetapi dia tidak dimaklumkan Juventus mengenai rancangan untuk mendapatkan khidmat Ronaldo.

Dan pemain berusia 24 tahun itu juga tidak dimaklumkan Juventus mengenai statusnya sama ada masih kekal dalam perancangan Massimiliano Allegri atau tidak.

Dybala sudah mengalu-alukan kedatangan Ronaldo ke Juventus menerusi posting di Instagramnya petang Selasa.

Pemain kebangsaan Argentina itu memainkan perananan penting dalam kejayaan Juventus pada aksi Serie A apabila menjaringkan 23 gol dalam 37 penampilannya.

Juventus perlu melepaskan salah seorang pemain utama mereka untuk menampung kedatangan Ronaldo yang bersetuju dengan bayaran gaji sebanyak 26.4 juta pound sterling (RM140.9 juta) setiap musim.

Gonzalo Higuain sedia meninggalkan kelab itu dan Chelsea dikhabarkan berminta untuk mendapatkan khidmatnya.

Tags / Kata Kunci: Paulo Dybala , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan