Kaji hukuman ke atas Pahang - TMJ - Bola Sepak | mStar

Kaji hukuman ke atas Pahang - TMJ

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kelonggaran kepada pasukan Pahang.

Bekas presiden FAM itu berkata demikian demi semangat kesukanan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang atas kejayaan menjuarai Piala FA 2018 selepas menewaskan Selangor.

"Lazimnya dengan kejayaan tersebut, pasukan Pahang layak untuk mewakili negara dalam peringkat Asia iaitu Pusingan Kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada tahun hadapan.

"Saya berharap kepada FAM untuk mengkaji semula hukuman yang telah dikenakan terhadap pasukan Pahang sebelum ini," jelas Tunku Ismail di laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers.

Sebagai rekod, pada Disember tahun lalu, skuad Pahang kendalian Dollah Salleh dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC gara-gara enggan mewakili negara ke pertandingan AFC bagi menggantikan Kedah.

Namun Pahang menolak kerana mahu memberi fokus kepada pertandingan domestik.

Larangan itu membabitkan permohonan tahun depan dan 2019 sekali gus menyaksikan skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Liga Juara-Juara Asia 2019 dan 2020.

Tags / Kata Kunci: Pahang , Tunku Ismail , FAM
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan