Pilih Juve tolak United - Evra - Bola Sepak | mStar

Pilih Juve tolak United - Evra

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 7:25 AM

(Ubah saiz teks)

PATRICE Evra percaya Juventus merupakan kelab terbaik untuk disertai Cristiano Ronaldo berbanding Manchester United sekiranya dia mahu memenangi lebih trofi dalam kariernya.

Bintang Portugal itu hampir pasti meninggalkan Real Madrid selepas hubungannya dengan Florentino Perez mula dingin.

Difahamkan kelab gergasi Itali, Juventus sanggup mengemukakan bidaan bernilai 88 juta pound sterling untuk membawanya ke Turin.

Baru-baru ini timbul khabar angin United berminat mendapatkan semula khidmat Ronaldo namun Evra mahu melihat bekas rakan pasukannya itu beraksi di Itali.

"Semua orang tanya saya, "Pat, apa awak fikir?".

Evra memenangi dua trofi Serie A sejak meninggalkan Old Trafford pada 2014.

"Saya belum bercakap dengan Ronaldo mengenai perkara ini tetapi nasihat saya, jika dia mahu beraksi sehingga 2050, dia perlu pilih Juventus. Tiada pasukan lain yang perlu dia sertai. Ia mudah.

"Saya berterima kasih kepada Juve, kerana selepas Manchester saya terus menang dan berlari, ia kerana Juve. Anda tidak perlu meludah ke atas pinggan yang memberi anda makan, jadi Juve sentiasa di hati saya," kata Evra menerusi Instagramnya.

Susulan itu, Evra menasihati Ronaldo supaya membuat pilihan terbaik.

"Anda tahu penyokong Itali sayangkan anda, tetapi ia pengorbanan. Jika anda pergi ke Juve, anda perlu bekerja lebih keras.

"Namun ia pilihan. Sama ada anda mahu terus beraksi sehingga 2050 atau sekejap sahaja. Jika anda pergi ke Juve, anda akan beraksi di Piala Dunia akan datang bukan sebagai maskot tetapi protagonis," kata Evra.

Tags / Kata Kunci: Patrice Evra , Cristiano Ronaldo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan