Beckham perkenal rekaan stadium Miami Freedom Park - Bola Sepak | mStar

Beckham perkenal rekaan stadium Miami Freedom Park

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2018 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

DAVID Beckham memperkenalkan reka bentuk stadium baharu yang bakal digunakan oleh pasukan Miami dalam Liga Bolasepak Major (MLS).

Miami Freedom Park yang terletak di selatan Florida di Amerika Syarikat didedahkan oleh Beckham dan rakan kongsinya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Jorge Mas.


Klip video memaparkan Miami Freedom Park akan menjadi perkampungan bola sepak berkelas dunia dan sebagai hab teknologi.

Malah stadium itu juga akan mengekalkan 110 ekar ruang hijau.


Ia juga akan menyediakan 23 ekar padang untuk pemain-pemain muda bermain dan dibuka kepada orang awam.

Mereka juga berkata, pembinaan stadium ini tidak melibatkan penggunaan duit orang awam.

Tags / Kata Kunci: MLS , Miami Freedom Park , David Beckham
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan