Mendes beri bayangan Ronaldo sertai Juventus - Bola Sepak | mStar

Mendes beri bayangan Ronaldo sertai Juventus

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2018 7:20 AM

Ronaldo bersama ejennya, Mendes.

(Ubah saiz teks)

EJEN Cristiano Ronaldo memberi bayangan bahawa bintang Real Madrid itu hampir pasti berhijrah ke Juventus pada musim panas ini.

Pada masa sama, Ronaldo, 33, seolah-olah menggambarkan kariernya di Santiago Bernabeu akan berakhir ketika ditemubual media selepas Real menundukkan Liverpool pada aksi Liga Juara-Juara, hujung Mei lalu.

Laporan mendakwa Juventus sedang berusaha keras untuk merealisasikan perpindahan Ronaldo ke Turin bernilai 88 juta pound sterling.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez turut bersetuju menerima bidaan tersebut.

Difahamkan, bekas bintang Manchester United itu ditawarkan kontrak bernilai 26 juta pound sterling setahun oleh Juventus.

Spekulasi itu dihangatkan lagi dengan mesyuarat tergempar antara Perez dan ejen Ronaldo, Jorge Mendes, pagi Khamis.

"Jika perpindahan itu berlaku, ia akan menjadi permulaan dan cabaran baharu dalam kerjaya cemerlangnya.

"Jika Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid, dia akan berterima kasih kepada kelab, presiden, semua yang bekerja di sana termasuk kakitangan perubatan dan penyokong serta semua Madridistas di seluruh dunia," kata Mendes.

Ronaldo juga tidak terlibat dalam pelancaran kit Real bagi kempen 2018/2019, sekali gus menguatkan lagi dakwaan dia akan berhijrah ke kelab lain.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Juventus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan